Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Isnin, 30 Disember 2013



Aku tak ingin menaip..

Tapi hati memberontak!!

Meminta aku menggerakkan 
Jari jemari aku di atas key board..
Agar aku terus meluahkan..
Apa yang bermain dalam otak aku..

Apakah itu petanda..
bahawa Ilham telah datang??

hehehe..mengarut ja..!!

Saya malas bercerita..jadi inilah tempat saya "menceritakan" segala-galanya..
#dirikumimpikuangankudanceritahidupku

Khamis, 26 Disember 2013

Bingkisan Buat Sahabat


Khas daripada seorang sahabat kepada sahabat...



Mereka yang bergelar sahabat
Meniupkan kata-kata semangat 
Di kala aku lemah tak berdaya



Mereka yang bergelar sahabat
Memperlahankan langkah
Tatkala aku ketinggalan di belakang
Agar aku tidak merasa bersendirian



Mereka yang bergelar sahabat
Menghulurkan tangan
Menyambut aku
Tatkala aku tersadung
Agar aku dapat beriringan dengan mereka



Mereka yang bergelar sahabat
Membisikkan kata teguran
Tatkala aku tersalah arah
Agar aku tidak terjatuh ke lembah hina



Mulianya hatimu sahabat..



# Sedondon kita berjalan,
  Selari kita berlari,
   Sejauh manapun jarak tercipta
   Kau sentiasa dalam ingatan..



   TERIMA KASIH SAHABAT..



Jumaat, 20 Disember 2013

Hanya Aku Yang Rasa

Angin Malam Bertiup Perlahan..
Seolah-olah cuba membelai ku manja..
Gerimis jatuh basahi bumi..
Seolah-olah turut menangis bersama..
Jantungku berdegup kencang..
Peluh dingin terus berjatuhan..
Tiada yang tahu gelora di hati..
Tiada yang tahu beban yang dipikul..
Kaki ku angkat untuk melangkah..
Berat langkahku...
Tiada perkataan..
Hanya Perasaan..
Resah aku fikirkan..
Kesudahan cerita..
Hampa..
kerana semuanya..
Hanya aku yang rasa..

Khamis, 19 Disember 2013

Lemahnya Aku..

Sering kali "IA" datang bertandang
Cuba Munculkan diri
Ingin Mencengkam Jiwa
Ingin Merajai Hati
Sering Ku Tepis Hadirnya
Seringkali jua aku tewas
Air Jernih tumpah lagi
Tumpah Membasahi Pipi
Syaitan Bertempik
Iblis ketawa gembira
Mereka Bersorak
Merai kemenangan
Gembira pada kekalahanku
Ku cari Sumber kekuatan
Cuba untuk menang
Di mana ada sinar Harapan?
Hampa....
Hanya Kepalsuan mampu ku zahirkan
Aku lemah..
Aku kalah
Senyumku Tawar...
Tawaku Hambar..
Langkahku Longlai..
Semangatku kian Pudar..
Mungkin "noktah" bakal tiba??

Tolong Jangan Seksa Aku..

Rabu, 4 Disember 2013

Dalm Kenangan..

selama ini aku tak pernah tahu tentangnya insan yang berjiwa besar ini..
walau apapun, semoga rohnya dicucuri rahmat..

http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE

Jumaat, 15 November 2013

Ku Pohon Kekuatan

Bismillahirrahmanirrahim..

Di saat mula mendapat kekuatan, 
Aku mula menjejaki sesuatu yang telah lama hilang,
Aku kumpul segala kekuatan,
Aku tanamkan azam,
Doa sentiasa ku utus kepada Yang Maha Agung..
Agar diberi kekuatan..

Semoga Allah melindungi aku di setiap langkah ku..


Khamis, 7 November 2013

Kehangatan PRK..

Alhamdulillah..

sudah 1 minggu PRK berlalu..ehem..ehem..PRK stand for Pilihan Raya Kampus k..bukan Pilihan Raya Kecil..kang tak pasal-pasal, kite jadi top meletop (versi mengada-ada) keluar paper..ada yg cakap "Mahasiswi Ikut Parti Politik"...hehehe..Nauzubillah..

so, mo jadikan cerita, well..bertambah lagi la pengalaman aku sepanjang aku belajar kat U ni...
hehehe..PRK baru-baru ni, aku da join sebagai jentera untuk salah satu parti kat U tempat aku bljr ni..seriusly mmg best..selain jadi jentera, aku ada gak la jadi agen tuk salah sorang calon sekolah yang bertanding.

selama 4 hari PRK ni berlangsung, first time aku terlibat dgn pilihanraya kampus secara langsung...kalau sem 1 dulu, aku just turun mengundi..but sem ni, boleh dikatakan dari A to Z proses PRK ni berlangsung aku ikut..start dari kem kepimpinan kat Membakut, rapat umum, tampal poster and buang undi. Time pengumuman Pemenang tu ja aku tak turun coz, kemalasan telah datang melanda diri ini..hehehe..

Kem kepimpinan kat membakut tu, memang bagi banyak input-input yang berguna kat aku. Dalam kem ni best sebab dapat jumpa "face to face" dengan beberapa orang ex presiden MPP kat U kitaorang..wah!!! bila dgr perkongsian dari ex presiden2 ni memang rasa bersemangat..seriusly dorng ni humble ja orangnya, memang sempoi la...setakat ni da 4 orang ex presiden MPP yang aku da pernah tengok memang sumanya humble, sempoi and bila dorng bercakap memang boleh "rasa" aura pemimpin dorng..hish..kalau stakat mo terangkan melalui tulisan memang feel xkan sampai..kena jumpa sendiri baru tau..hehehe..ni baru ex presiden kalau jumpa dengan PM ke Rasulullah ke..huh!!! tak tahu la..But seriusly memang salute la kat dorng!!!

Next, moment yang aku takkan lupa gak bila rapat umum dijalankan..ahahha...memang aku join dorng bersorak gila!! ahahah...lama rasanya x teriak n sorak kuat-kuat macam tu..ahahaha..
selain tu, time tampal poster pun best juga!!! hahhaa..disebabkan tampal poster punya pasal, 3 hari berturut-turut aku balik hostel jam 4 pagi..tidur pun x cukup 6 jam..!!!! huh..penat memang penat tapi best!!! sebab rasa enjoy bila wat kerja so, tekanan n penat tu xda la terasa sangat..

sepanjang aku join dorng dalam proses PRK ni, banyak juga la isu-isu yang timbul yang melibatkan beberapa parti, "back stabber" and  konflik yang terjadi yang sememangnya tidak pernah terlintas kat otak aku. Dulu aku ingt suma ni hanya khabar angin rupanya..ia wujud okaiii...hehehehe..

Last but not least, walaupun penat, mengantuk sakit-sakit badan..but..seriusly semuanya hilang bila kemenangan berpihak kat kitaorang!!!! wah menang besar okaiii..khekhekhe ..lagend-lagend aspirasi pun happy..ahaha..memang "semangat n jiwa" lagend-lagend aspirasi ni tak pernah mati dan aku rasa dorang memang xkan pernah berhenti menyokong..tabik hormat la kat dorng!!! rasa happy bila dapat berada di "haluan" yang sama dengan dorng suma..

Apapun, aku harap semua barisan MPP untuk sesi 2013/2014 dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik dan jangan lupa manifesto yang telah diperjuangkan sebelum iini okaiii..Hopefully, korang semua sukses dan sabar dalam menempuhi apa jua cabaran k!!! good luck you all !!!!

Khamis, 24 Oktober 2013

- Simfoni Ekspresi Mahasiswa -

Alhamdulillah...finally, hajat aku untuk berjumpa dengan dua orang penyanyi nasyid kegemaran aku tercapai hehehe..tak sia-sia aku datang program malam ni..- Simfoni Ekspresi Mahasiswa-
walaupun sebenarnya, keputusan aku tuk datang sangat last minit..tapi aku happy..well mula-mula niat setakat datang tuk tgk dia orang perform..last-last kawan-kawan ajak amik pic dgn fitri haris..wah..memang "buah tangan" yang sangat berharga...
Apapun program malam ni, memang happy, dengan performance fitri haris, hafiz hamidun & said adam yang sememangnya best, pengisian program pun best..ketiga-tiga dorang memang sempoi la..selamba je..
Ni la tiga orang artis nasyid yang wat persembahan tadi..(Simfoni Ekspresi Mahasiswa)..Hafiz hamidun, Fitri Haris & Saif Adam..from london ok!! dia kat sini untuk program jelajah promosikan album dia..seriusly, suara dia mmg best!!! rugi kawan-kawan yang tak mau join aku malam tu..ahahah..

Ni dia Mr Fitri Haris...seriusly orangnya sangat humble and sempoi je...InsyaAllah dia akan continue study peringkat PhD..fulamak...gud luck!!!


Rabu, 16 Oktober 2013

Its hurt!!!

Okaiii Fine...i don't know what  happen to me???

Maybe I should that "This Is Me, This Is The Real Me..And That My Style..So What??"
am I too "strict"?? or they are the one who is "trouble maker" hehehe..
what ever it is..i dedicate "this" for them...

Mungkin aku sudah serik disakiti..
Mungkin juga aku sudah puas  memendam..
Atau Mungkin Juga..
Aku sudah puas dilukai..

Bukan niat untuk menyakiti..
Tapi, kadang-kadang kita perlu belajar
Untuk menyakiti...
Tidak pernah terlintas di hati untuk
Menyimpan agenda "balas dendam"..
Kerana diri ini telah dididik dengan
istilah "Memaafkan" sejak kecil..

Tapi, Kadang-kadang anda juga perlu
Belajar bagaimana rasa apabila disakiti..
Agar anda tidak hanya tahu menyakiti...
Kerana menyakiti dan disakiti adalah dua keadaan berbeza..

Biarlah anda hendak Mengata..
Tapi, diri ini bukan yang dahulu lagi..
Mungkin pendiam dan pemalu bukan sifatku..
Jadi, Sabar dan hati-hati lah..
Kerana...
Bila anda sakiti saya..
Anda juga akan turut merasai kesakitannya..

# Jangan hanya fikir sakit hati anda...tolong fikir sakit hati orang lain..Bertimbang rasa la k..

Sabtu, 12 Oktober 2013

Aidiladha Just Around The Corner

Alhamdulillah..just about 2 days left, we are celebrating Aidiladha...
But, this year Aidiladha there are something different..actually not a big matter pun...ahahah..

why i said that it is different? because this year my lil sis and my lil brother not going back home..so, its mean we are going to celebrate Aidiladha without two of them. Eventhough, just two of them..but seriously it is a big different okaiii..ahahaha..Year by year, we are growing up and because of that, we start following our own way...and I had just realize that, it is hard for us for being together...hurm..so sad..

And another one is, aidiladha will be on this Tuesday, and just because there are lot of assignment, this night I have group discussion, tommorrow I still have classes and proposal I STILL have to stay in this room!!! And I only can go back home after class on Monday which is tomorrow..aarrrgghhh...sttrreesss u know, even my room mate who live at Kelantan already back home..but me, who just live at Tuaran..erm..just about 40 minutes from here...still at here !!! Oh my God...so poor of my mom, she have to do everything by her own...I'm sorry mom.. (-_-)..Seriusly, this is my first time that I don't do any preparations for celebrating Raya...uurrmm..

Whatever it is..Selamat Hari Raya Aidiladha semua..semoga bahagia berada di samping keluarga...
InsyaAllah, mudah-mudahan tahun-tahun akan datang akan menjadi giliran kita untuk berdiri di hadapan Kaabah dan memijakkan kaki ke tanah suci..SubhanAllah...amiinn...

Jom ramai-ramai berdoa...mudah-mudahan doa kita dikabulkan..Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar...
Selitkan saya dalam setiap doa anda semua k..(n_n)

Isnin, 30 September 2013

Pemadam vs Liquid Paper

Kadang-kadang kita tidak perlukan pemadam untuk memadam segala kisah atau peristiwa yang kita tidak mahu dalam hidup kita...
cukuplah kita ada "liquid paper"...walaupun ia dapat memadamkan semua episod-episod yang kita tidak mahu..tetapi tetap tinggalkan kesan...
Dengan adanya kesan tu, maka, ia akan menjadi KENANGAN dan PENGAJARAN buat kita...

#Wallahuallam...

Jumaat, 27 September 2013

Rahsia yang Terpendam...

Awak...
Jauh di sudut hati saya..
Ada rahsia yang tersimpan..
Ada harapan yang terpendam..

Namun,
Malu menjadikan diri ini..
Untuk memilih Senyum..
Dan terus berdiam diri..
Kerna diri ini yakin dengan
Doa pada setiap sujud..

Biarlah ku kongsikan bersama
Sang pencipta..
Agar aku tidak terluka..
Akan jawaban mu
Kerna aku yakin...
Allah itu...
Lebih Mengerti isi hati ku...




Sabtu, 21 September 2013

Take It or Leave It!! (my third semester)

Assalamualaikum..

       Alhamdulillah..during write this entry, i've become a second year student for this year (my third semester)!!! hehehe...well, it is not easy ok..i've through many things last year...and now!!! i've made it and i have to get ready to face and start another journey...hehehe..!!!

      Any way, sekarang ni minggu "add drop" subjek masih berlangsung..for this semester, i can say that it is quite tough because we had 21 credit hours..plus, we had to take 2 minor subjects...aarrgghh!!! at first, i've make a decision to take both subject from mass com as my minor for this semester...but unfortunately, i have to drop one of that subject because i'm scared of the lecturer..hahaha. Actually i love that subject very much, but after heard many things about the lecturer from our senior it makes me think twice either take it or leave it..and my decision is LEAVE it...

     Second, walaupun semester 3 ni baru ja bermula..tapi air mata aku da menitis da...huh..what a bad day u know!!!! well, for me it was just a small problem...but why..and why...she can think like that..uurrgghh!!! any way, its about making a group for our assgnmt. In a group, there should have 10 person...first, we have decide that these 10 person will be in our group and the other 2 person have to find another group..OKAiii..they AGREE...but i don't know why, after we send our name list to our lecturer, there something happen and seriuosly, it makes me hurt!!!and i makes a decision to leave that group and join other group. And one more time, i have to choose..take it or leave it...and I've choose to LEAVE it...  

     Lastly, it is also about make a group for assgmnt..but it is too hard for me to explain and write it at here..so, i just write it in my heart..it is make me hurt also...because, i think my decision to LEAVE that group is for my own and their good..so, that i will not get stress, tired..same with that...but i dont know why, this simple things had been complicated..oh my god..i don't know what is going on...

please..don't let me make a decision to "LEAVE" this semester...huh...so poor of me..
#astagfirullahalazim...Hasbunallah wa ni'malwakil...In Shaa Allah...

Rabu, 4 September 2013

Jom Belajar Solat Jamak



Okaii... kali ni saya mau kongsi sket cara untuk solat jamak.
Well, hal ini adalah kerana...solat jamak ni mengingatkan saya time pergi satu program kat Sandakan ni...ekoran terlalu busy dengan jadual yang fit masa program tu...saya ni terfikir lah mau jamak solat maghrib dan isyak..tapi, hasrat tu TERPAKSA saya batalkan coz, saya lupa dan was-was untuk lakukan solat jamak...aduhai...ini la padahnya...kalau time sekolah dulu, pernah cakap dalam hati.. “ Ala..tak payah la hafal tertib solat Jamak ni..coz, confirm aku tak guna..well, bila masa aku mo jamakkan solat...aku bukannya  pergi jauh pun”..
Akhirnya, time pergi program kat Sandakan...aku terpaksa “tarik” semula kata-kata aku tu...huhuhu.. padan muka..sapa suruh tak mahu belajar cara solat jamak...
So, sedikit pengajaran untuk diri yang kerdil lagi lemah ini...dan cerita tersebut adalah sedikit perkongsian/ pengajaran untuk semua...
Apa tu solat jamak??
  • ·         Jamak – Himpun.
  • ·         Solat Jamak – solat yang dihimpunkan atau dikumpulkan.
  • ·         Di lakukan dalam keadaan bermusafir (lebih 2 marhala/60 batu/90 KM)


Jenis Solat Jamak??

  •  Solat Jamak Taqdim
-     Mendahulukan solat kedua ke dalam waktu solat pertama.
-     Mengerjakan solat asar di dalam waktu zohor / solat isyak di dalam waktu maghrib

  •   Solat Jamak Takhir
-    Mengemudiankan solat pertama ke dalam waktu solat kedua.
-    Mengerjakan solat zohor di dalam waktu solat asar/ solat magrib di dalam waktu isyak
       Daripada Anas, katanya :
“ Rasulullah SAW apabila berangkat dalam perjalanan sebelum gelincir matahari, maka baginda takhir solat Zohor ke waktu Asar, kemudian baginda turun (berhenti), baginda jamak keduanya (Zuhur dan Asar). Maka apabila gelincir matahari sebelum baginda berangkat, baginda solat Zuhur dahulu, kemudian baginda naik kenderaan.
                                                                       (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jamak Taqdim

  •  Perlu di mulakan dengan solat pertama , kemudian diikuti solat kedua.
  •   Solat Zohor dahulu dan diikuti solat asar/ Solat Maghrib dan diikuti solat Isyak
  •   Contoh : mengerjakan solat asar di dalam waktu solat zohor (dahulukan solat Zohor)/ solat isyak di               dalam waktu solat maghrib (dahulukan solat Maghrib).
  •  Niat menjamakkan solat kedua dengan yang pertama sebelum selesai solat pertama.
  •  Kedua-dua solat dilakukan secara berturutan, iaitu memulakan solat kedua sebaik  sahaja selesai      solat pertama tanpa pisahkan dengan zikir dan sebagainya.
  • Jika dipisahkan kedua-dua waktu dengan agak lama atau melengah-lengahkannya tanpa sebab            munasabah, TIDAK SAH solat jamak tersebut.

    NIAT
  •     Zohor - Asar
        “Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya                  asar tunai kerana Allah Taala”
  •     Maghrib - Isyak
           “Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana                 Allah Taala”.

Jamak Takhir
  • ·         Menjamakkan solat yang pertama dalam waktu solat yang kedua.
  • ·         Contoh, solat Zohor yang ingin di jamakkan degan solat Asar, hendaklah berniat jamak takhir             solat Zohor terlebih dahulu semasa waktu zohor.
  • ·         Sekiranya habis waktu solat Zohor tanpa berniat menjamakkan Zohor kepada Asar, maka, solat          itu wajib diganti (qada), bahkan dikira berdosa kerana melengahkan solat.
  • ·         Masih dalam keadaan MUSAFIR.
  • ·         Dalam Jamak Takhir, tertib kedua-dua solat tidak disyaratkan malah boleh dimulakan dengan              mana-mana antara kedua-dua solat yang dikehendaki.
          Niat solat..
  •      Zohor - Asar
          “Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zohor              tunai kerana Allah Taala”.
  •      Maghrib - Isyak
        "Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jamakkan ke dalamnya Isyak kerana                 Allah  Taala"
     
     
       PERINGATAN
  • ·         Solat subuh tidak boleh dijamakkan dengan mana-mana waktu solat.
  • ·         TIDAK BOLEH menjamakkan solat zohor dengan solat maghrib dan Isyak.
  • ·         TIDAK BOLEH menjamakkan solat Asar dengan solat maghrib dan Isyak.

# In Sha Allah semoga bermanfaat...

Rujukan : Harian Metro, Kitab Fiqh islam & Fiqh Manhaj Mazhab Syafie.

Ahad, 1 September 2013

M.A.T.I

Datangnya tidak di undang ,
Tidak juga dijemput..
Datangnya tidak kira waktu, tempat dan situasi..
Datangnya juga tidak pernah lambat atau cepat
Walau sedetik..
Di saat ia datang..
Maka, di saat itulah..
Si ibu kehilangan anak,
Si isteri menjadi balu,
Si anak kehilangan ayah,
Keluarga kehilangan ketua,
Namun, di saat itu tiga perkara akan setia bersama..
Ilmu, doa dan sedekah...
Tika ini juga, hanya doa mampu dikirimkan
Semoga engkau tenang di dunia sana..
Kini, biarlah air mata mengalir dan terus mengalir..
Biarlah air mata berbicara,
Kerana lidah telah kaku untuk berkata-kata...
Namun, aku redha..
Kerana pemergian mu itu suatu yang pasti..
Dan mungkin esok atau lusa...
Aku akan menyusul mu..
Kini, hanya pusara menjadi pengubat di kala rindu..
Doaku agar kau berada dalam kalangan orang beriman...


-Al-Fatihah-

Rabu, 28 Ogos 2013

Coretan Merdeka 56

Merdeka!!! Alhamdulillah itulah satu laungan keramat yang pernah dilaungkan oleh Perdana Menteri Pertama kita iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Jika dahulu, laungan “merdeka” merupa satu igauan, impian dan cita-cita bagi penduduk Tanah Melayu. 
Namun, kini saya tertanya-tanya ...apakah “merdeka” bagi generasi masa kini?? Memang benar bila ditanya tentang maksud merdeka ramai yang boleh menjawabnya dengan bernas dan cemerlang. Tapi...seberapa ramai yang benar-benar faham tentangnya.
Pada pandangan saya, Malaysia sememangnya telah Merdeka ...namun, jiwa rakyat Malaysia masih belum “merdeka” sepenuhnya!!! Kenapa?? Tepuklah dada Tanya Iman..
Budaya hedonism?? Menyanjung budaya luar lebih dari budaya sendiri??seperti K-pop?? Adakah itu pengertian Merdeka masa  kini?? 
Tuduh- menuduh?? Saling menuding jari sehingga timbul perselisihan faham  dan berpuak-puak..adakah itu merdeka??
Kenapa perlu di sanjung budaya luar...sedangkan budaya sendiri dibiar hanyut di telan dek zaman...kenapa di “buang” baju melayu dan baju kurung...sedangkan Perdana Menteri memakainya semasa pengisytiharan Merdeka...Ayuh kembali  perkasakan budaya kita...
Kenapa perlu saling bersengketa antara kita? Sedangkan dahulu mereka mencari titik persamaan. Kenapa perlu bertegang leher? Sedangkan kita adalah 1 Malaysia.
Bangkitlah rakyat Malaysia!! Kalau dahulu negara kita pernah di kuasai pihak luar...jangan kita biarkan sejarah berulang kembali. Jika “episod penjajahan” berulang kembali... pejuang tanah air seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, bah kan Tunku Abdul Rahman sendiri tidak akan datang kembali untuk pertahankan tanah air untuk kali kedua. 
Oleh itu, sedarlah kita semua...semarakkan jiwa merdeka kita, elakkan segala persengketaan, mulakan langkah perdamaian...semoga Merdeka terus menjadi milik kita selamanya...

Isnin, 19 Ogos 2013

Duhai pujaan hati,
Telah lama ku pendam perasaan ini,
Dan ku cuba  endahkannya,
Namun, semakin lama perasaan ini disimpan
Semakin kukuh dan menebal pula ia dihati ini...
Pada mulanya aku ragu-ragu dan takut...
Kerana ia mungkin hanya perangkap syaitan untuk melalaikan aku,
Namun, ku rawat hati yang lemah ini dengan doa..
Ku pohon petunjuk Ilahi...
Agar aku tidak tersesat dan lemas
Dalam permainan syaitan...
Duhai pujaan hati,
Aku sedar,
Untuk memiliki mu adalah suatu yang mustahil,
Kerana diri ini terlalu kerdil untuk dimiliki oleh sesiapa pun...
Namun, aku yakin...Allah itu Maha Mendengar...
Seandainya benar apa yang telah aku lalui selama ini
Adalah petunjuk Allah hasil daripada doaku...
Ku yakin...
Bahawa engkaulah pembimbing aku ke syurga-Nya kelak...
Duhai pujaan hati...
Ketahuilah engkau bahawa...
Kasih ini hanya untuk mu...
Semoga Allah meredhai kasih yang ku tujukan buatmu...
Namun, andai kata...
Tiada jodoh yang di tulis antara kita...
Aku redha...
Biarlah, kasih ini ku pendam...
Dan tidak perlulah engkau tahu...
Kerana walaupun tidak memilikimu
Dan hanya mengejar bayangmu
Aku sudah cukup bahagia...
Semoga di pengakhiran cerita aku akan tetap 
Bahagia walaupun tidak bersama mu..
Duhai pujaan hati... 
                                                                                                
                         

Jumaat, 16 Ogos 2013

For You...


Duhai Kasih, 
Janganlah diseksa Hati mu itu,
Janganlah engkau Tahan Tangisan mu,
Biarkan Ia Mengalir...
Andai itu Bisa Mengubati kerinduan mu...

Duhai Kasih,
Datang dan Pergi ku...
Telah di tentukan Oleh-Nya,
Mungkin antara Kau dan Aku...
sudah sampai Noktahnya...

Duhai Kasih,
Sesungguhnya Perpisahan ini...
Merupakan suatu Pengorbanan...
Sedarlah engkau Bahawa ia.. 
Suatu Pengorbanan yang Besar bagi ku...
Kerana Untuk Melupakanmu...
Bukannya mudah...
Namun aku Redha...

Duhai Kasih,
Tidak Pernah aku Pinta Perpisahan Terjadi...
Sedarlah aku Mungkin Bukan untuk kau Miliki...
Oleh itu...
Biarlah Kita Saling Mengingati dalam Setiap doa Kita..


# Hanya Pada-Mu Ku Berserah...Sesungguhnya Perancangan Mu adalah yang Terbaik...

Selasa, 13 Ogos 2013

Tahun Pertama melabuh tirai...


             Alhamdulillah..sem 1 dan sem 2 da berakhir...InsyaAllah awal bulan September ni aku dan kengkawan da masuk sem 3 @ pelajar tahun 2..wah...laju je masa berjalan...rasa macam baru seminggu yang lalu aku join minggu suai mesra...kat UMS ni..           
             Well, sejak sekolah menengah lagi aku memang suka join macam-macam program...tak kisah la program apa pun..aku mesti mo join...hehe..sampai la sekarang...boleh katakan aku ni "hantu Program" juga la...lagipun BEST!!! join program banyak-banyak ni...dapat pengalaman, dapat kawan, dapat masuk tempat baru dan paling penting dapat KENANGAN!!!!! hehehe...

                     Program 1 : lawatan rumah anak-anak yatim
        Aktiviti pertama aku join lawatan pegi rumah anak-anak yatim
 
Ni la banner kitaorang...3 hari kitaorang wat..

 
Barisan "orang Kuat" program..
sebelum balik..amik pic dulu..kenangan la katakan...

Program ke 2 : Seed Of Hope


Ni program paling aku suka..dalam program ni aku bertugas sebagai juru penerangan...haha..bab cakap2 ni memang faveret aku..


Program 3 : Party Ansos

BBQ time..sebelum parti mula..kenalah masak dulu..
Ni antara kawan-kawan yang ditugaskan untuk urus PA system..

Program ke-4 :  Minggu Inspirasi Sanubari (MIS)
 

Yang bestnya program ni, sebab tarikh program ni diadakan sama dengan tarikh lahir aku..ahaha...aku masih ingt, malam birthday aku tu, aku bersengkang mata kat surau tuk siapkan 300 keping brosur..heheh..

Program ni aku join time aku baru menjengah masuk ke sem 2..time ni aku jadi Ajk Pengisian. first time aku jadi ajk tu...memang bnyk pengalaman yang aku dapat dari program ni...huh, dalam program ni juga la aku tak tido sehari semalaman sebab print brosur..haha...yang best nya dapat jumpa Amin Idris heheh...

Add caption
Program ke- 5 : Debat Ansos

kat program ni aku jadi Ajk dan peserta pidato...hihi..setelah sekian lama aku tak pernah join pidato...tetiba terpaksa jadi "bidan terjun" jadi pemidato wakil perempuan..adei..aku cuma ada masa sehari je tuk prepare..time tu aku redha je la apa jadi...

Program ke-6 : Transformasi Generasi Muda

TGM, aku TerJoin program ni disebabkan oleh kwn aku dan...dia la yang call aku jam 2 pagi nthen pujuk aku tuk join program ni...nasib baik la aku ni "hantu program" kalau tidak, jangan harap aku join. Apa tak nya, da la call aku jam 2 pagi, kitaorang kena bertolak keesokan paginya jam 10 pagi...adei..kelam kabut aku pegi bilik kawan-kawan mencari luggage hihi...dalam program ni gak, aku kenal ramai kawan baru dari IPTA & IPTS kwsn K.K ni..
akktiviti yang aku paling suka dalam progrm ni ialah "Xplorace"..fuh..mmg best giler...kitaorg kena keliling seluruh kawasan K.K tu..dah tu kitaorg kena jalan kaki..ahaha...memang best la...tak dapat nak gambarkan perasaan gembira tu..InsyaAllah kalau ada kesempatan atur prorgram, konfirm aku wat macam ni heheh...baru adventure...


Ni la gambar perpisahan kita org...

Program ke 7 : Jejak Pimpinan Kejayaan (JPK) 

One more time, aku jadi "bidan terjun"..ahaha...tuk yang kesekalian kalinya, adan call aku jam 1 pagi nthen pujuk aku join program ni..dengan alasan dorang kekurangan fasilitator...memandangkan masa tu semua assignment aku da siap..hehe...apalagi..aku pun setuju je la..hhmm...yang bestnya program kali ini ialah kawasan program kami ni kat kawasan pedalaman di Sandakan. Well, berpeluang gak merasa hidup kawasan pedalaman ni, kitaorang siap naik bot laju tuk smpi sekolah ni...hehehe best...seriusly daebak!!! Dalam program ni, banyak aku belajar dari akak2 & abang2 MPP UMS...syukran sangat2 kat adan..kalau bukan sebab dia..tak mungkin aku merasa semua pengalaman ni...
gambar kenangan bersama guru dan ajk2 JPK ..Daebak!!!
Program ke 8 : Annual Dinner Ansos

Ni la program last yang aku join...bukan apa..da nak exam kot...untuk annual dinner ni aku pegang jawatan sebagai ketua Ajk cenderahati..ahaha...well, dis is not my 1st time pegang jawatan...hehe da banyak kali da..but, yang kesiannya..aku sibuk urus dinner ni..last-last..aku xdpt join...padahal da beli baju da pun...huhuhu...sabor je la..


huhu..susah payah kami atur tempat ni...bila tgk hasilnya..fuh..terus bersemangat..walaupun aku tak dapat datang, tapi time rehearsel..dpt gak join kawan2 sekejap..tema : ELEGANT!!

best la dorang..aku x dapat join!!! hurrmm..

# Alhamdulillah..sem 1 dan sem 2 a.k.a Tahun 1, dah melabuhkan tirai...InsyaAllah sem 3 akan datang x lama lagi...semoga semua nya berjalan dengan lancar...Aaammiinnn...




Mahu tapi Malu...

Afgan - Pesan Cinta.
Merah pipi ini saat ku lihat dirimu
Apakah ini yang dinamakan cinta
Malu hati ini saat ku tatap wajahnya
Mungkinkah ini yang dinamakan cinta
Tapi ku malu tuk mengatakan pada dirinya
Oh Tuhan, tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan, bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku tlah jatuh cinta
(Rasa cinta, saat ini ku hanya)
(Tapi ku malu pada dirinya)
Tolong aku sampaikan pesan ini padanya
Agar dia tahu bahwa kini aku jatuh cinta
Oh Tuhan bantu aku temukan cara tuk mendapatkan dia
Karena kini ku telah jatuh cinta
Ku telah jatuh cinta (ku jatuh cinta pada dirinya)
Yeeaah (ku jatuh cinta pada dirinya)
# semoga Allah terus tanamkan sifat malu dalam diri ini..
Bahagia aku mengejar bayanganmu...biarlah aku terus menjadi pemuja rahsia..
sincerely : faridah92..

Isnin, 12 Ogos 2013

Hanya kerana ...“ Ni chang Se Mao???”



Tetiba aku teringat satu peristiwa masa pertama kali aku kerja..well, dulu lepas habis STPM aku kerja kat kantin sebuah sekolah ni. Memang satu pengalaman kerja yang sangat best. Ok, nak di kaitkan dengan tajuk kat atas tu... ok..ceritanya macam ni...
Satu hari tu, waktu rehat jam 2.45 petang, so bebudak sesi petang berlumba-lumba lah ke kantin untuk membeli makanan...pada mulanya...everything was fine..aku ngan kawan sekerja aku yang jaga bahagian makanan tu ok jer...kitaorang still dapat handle bebudak yang minta order makanan...10 minit lepas tu..makin ramai la pelajar yang menyerbu kantin...fuhhh...memang tak menang tangan kita orang melayan order bebudak semua tu..
Sampai la seorang budak lelaki cina ni...ok je bebudak lain berbaris...dia terus je menyerbu kat depan kaunter kitaorang and minta order...”kak minta nasi dengan ayam masak merah!!”...sebagai seorang mantan ketua pelajar masa kat tingkatan 6 dulu...hehehe...aku wat tak dengar je la order budak tu..and then layan order bebudak yang lain...dalam hati aku pun mengutuk la budak tu..” amboi...no manners punya budak...tak reti mau berbaris ka?? “...dah habis layan order beberapa orang pelajar lain...aku terdengar budak lelaki tu menjerit kat kawan sekerja aku tu...dia meminta order yang sama...sama seperti aku...kawan aku tu pun wat tak dengar je order budak lelaki tu...
Tak lama pastu...budak lelaki tu mula berbual dengan “geng”nya gunakan bahasa cina...selesai je budak lelaki tu bercakap..kawan-kawan dia yang lain semua ketawa, sambil ketawa terbahak-bahak tu ada beberapa orang antara mereka ada yang menjeling kat aku ngan kawan aku sorang tu...so, sah-sah la gaya mereka tu membuatkan aku rasa curiga + geram!!! Ni mesti dah Konfirm dorang tengah mengumpat la tu...sesuka ati dorang ja...pada mulanya aku wat tak tahu je la...ye la..dah la aku pekerja baru kat kantin tu...kalau aku melenting kat bebudak tu ..nanti tak pasal-pasal aku pula kena buang kerja..kalau setakat buang kerja tak pa..kalau dapat malu...huhuhu...sia-sia hidup aku...
Dalam aku cuba untuk buat tak tau je...gelagat bebudak tu makin membuat kan aku geram...dengan berbekalkan semangat dan keberanian..aku berjalan ke arah budak lelaki yang masih sibuk ketawa tu... aku berdiri betul-betul depan budak lelaki tu dengan gaya yang penuh berkeyakinan (tangan kanan mencekak pinggang..macam mak nenek sedang berleter...hehehe)... and then dengan suara yang kuat ..( hampir-hampir menjerit juga la...) aku cakap dengan budak tu...” Ni Chang Se Mao???”... dah aku cakap je satu ayat tu...bebudak tu terutama sekali budak lelaki terus diam and berhenti ketawa...dah bebudak tu terdiam, salah seorang dari dorang cuit bahu budak lelaki tu and cakap..” alamak kakak ni pandai cakap cina la...” habis je...budak tu cakap..dorang tengok tepat kat muka aku and then dorang pergi macam tu ja...aku pun cakap dalam hati..”aik?? tak lapar da ka??”...hehehe habis je waktu rehat tu...kawan sekerja aku pun Tanya kat aku...apa yang aku cakap kat budak lelaki tu...aku bagi tau la maksudnya...maksudnya...”Apa yang kau Cakap tu??” ..kawan aku tu mengangguk ja la...and then dia Tanya lagi...kau memang pandai cakap bahasa cina ka?? Hehehe...tersenyum-senyum aku jawab...tak da la..kebetulan ja tu...aku tau beberapa kerat je la bahasa cina ni...itu pun belajar dengan beberapa orang kawan masa tingkatan 5 dulu...hahaha...
Keesokkan harinya...seorang budak lelaki datang beli mineral water..kebetulan masa tu aku yang ada kat kaunter...aku pun bagi la..time budak tu hulur duit kat aku dia sempat Tanya...”kakak memang lama da ka belajar bahasa cina??” terkejut gak aku... heheh aku jawab la..lama juga la, akak start belajar time form 5 lagi...hahaha budak ni dengar pula aku “speaking” bahasa cina semalam..heheh sengaja cakap macam tu...bajet pandai cakap bbahasa cina la katakan...ye la at least bebudak tu..tak la sesuka ati mengutuk lagi..huh!!! dah tu...sepanjang hari tu aku tak tengok budak lelaki cina tu...aik?? malu ke dia?? Masa tu aku tertanya-tanya...kalau betullah budak tu malu..agak-agaknya apa la yang dia cakap kat kawan-kawan dia...sampaikan dia malu nak tunjukkan muka...hhmmm....
P/s : Kitakan rakyat 1 Malaysia...so, jom belajar dan cuba kuasai banyak bahasa...so, tak da la...kita sesenang je kena “jual” oleh mereka yang menggunakan bahasa yang berbeza dengan kita...hehehe...peace...

Sabtu, 20 Julai 2013

cara buat nota yang baik

soalan yang aku dapat time kelas tutorial sem 2 ni memang senang...but walaupun senang, aku sampai nak menangis siapkan handout ni..apa taknya..buku rujukan sebagai bukti fakta  susah mo dapat..

Disebalik kisah aku terpaksa bertungkus lumus mencari buku-buku rujukan dan siapkan handout ni..terselit juga kisah yang menyakitkan hati aku..hhhmm...tapi tak apa la aku redha..InsyaAllah pasti ada hikmah..so, sengaja aku selitkan hasil kerja aku ni kat dalam blog ni supaya esok lusa boleh aku kenang semula kenangan "poyo" tu..hehehe...

soalan 2 : CIRI-CIRI NOTA KULIAH YANG BAIK.

PENGENALAN.

Nota  merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu bagi membantu kita agar tidak perlu mengingat semua apa yang telah disampaikan oleh guru atau pensyarah. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar  dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

CIRI-CIRI NOTA KULIAH YANG BAIK

Mudah dibaca dan dirujuk (Persediaan menghadapi Peperiksaan, Halaman 70)
Ringkas dan padat. (Study, A Guide to Effective Study, Revision and Examination Techniques, halaman 45)
Sentiasa berkaitan antara satu sama lain
Kemas dan teratur
Mempunyai gambar rajah, carta atau jadual.
Langkah pengiraan lengkap
Definisi dan fakta yang jelas
Mempunyai tarikh dan senarai rujukan (Persediaan menghadapi Peperiksaan, Halaman 70)

PERBANDINGAN NOTA KULIAH YANG BAIK DENGAN NOTA KULIAH YANG TIDAK BAIK.
Nota kuliah yang baik                                                          Nota kuliah yang tidak baik
Mudah dibaca dan difahami                          • Sukar dibaca dan difahami
Ringkas dan padat                                          • Terlalu panjang dan terdapat isi yang tidak penting
Berkaitan antara satu sama lain                          • Tidak berkaitan antara satu sama lain
Mudah dirujuk dan diperkembangkan          • Sukar dirujuk dan diperkembangkan
Kemas dan sistematik                                  • Tidak tersusun.
Kaedah penulisan yang pelbagai dan menarik  • Kaedah penulisan yang tidak bervariasi


KAEDAH MEMBUAT NOTA YANG BERKESAN
Gunakan Abrevasi dan simbol
Penekanan
Padat dan ringkas
Kenal pasti kata kunci (4W 1H)
Bersih, teratur dan kemas
CONTOH NOTA.
Outline Method (Cornell Note System)
Bentuk pengkelasan
Bentuk Papan Tanda
Bentuk Matahari
Bentuk perbandingan
“Herringbone Map”
KEPENTINGAN  NOTA KULIAH
Membantu ingatan pelajar untuk mengimbas kembali isi-isi penting. (College Becoming A Strategic               Learner Study Skills, halaman 112).
Satu kaedah berkesan untuk memberikan bahan rujukan yang jelas, ringkas dan padat.
Melalui nota, kita akan tahu apa-apa maklumat yang perlu ditambah agar dapat memahami tajuk yang           di pelajari.( persediaan menghadapai peperiksaan, halaman 69)
Meningkatkan kemahiran. (College Becoming A Strategic  Learner Study Skills, halaman 108 & 114)
Membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif . (College Becoming A Strategic                   Learner Study Skills, halaman 96)
FAKTOR LAIN YANG MENYOKONG PENCAPAIAN DAN FAHAMAN PELAJAR
Kehadiran dalam kuliah, kelas dan tutorial.
Mendengar dengan baik.
Pemahaman
Rujukan tambahan.
Persiapan sebelum dan selepas kuliah. ( College Becoming A Strategic  Learner Study Skills, halaman  113)
KESIMPULAN
Kajian telah menunjukkan bahawa pelajar yang mencatat nota telah berjaya menghasilkan prestasi yang lebih baik.  Dalam satu eksperimen, didapati pelajar yang telah mengambil nota mendapat 65% markah, manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan hanya mendapat 25% markah sahaja. ( Busrah Haji Maulah,persediaan menghadapi peperiksaan,halaman 69.)

RUJUKAN
McMillan ,K and Weyers, J.2007.England. How to write Essays & Assignments.Pearson Education Limited.
Barras, R.1996.London. Study! A Guide to Effective Study, Revision and Examination  Techniques. Chapman & Hall.
Busrah Haji Maulah. 1998. Kuala Lumpur. Persediaan Menghadapi Peperiksaan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
L.Van Blerkom, D. 2003. Canada. College Becoming A Strategic  Learner Study Skills :fourth edition. Thomson Wadsworth.

DIAM

                               Assalamualaikum... 


Diam bukanlah bermakna aku tidak peduli..Duduk diam juga bukan bermakna aku tidak mahu menyumbangkan apa-apa..Cuma kadang-kadang aku lebih selesa untuk mendiamkan diri..kosongkan Jiwa dan hanya berdoa.. agar semuanya berakhir dengan sesuatu yang baik..Walaupun sebenarnya "pendiam" itu tidak sinonim dengan aku..Namun dengan hanya berdiamkan diri sahaja aku dapat rehatkan otak aku yang dah penat mendengar dan menepis segala cerita yang aku sendiri tidak tahu dan tidak pasti tentang kesahihannya...Oleh itu, teruskan berdiam diri...

#  Sesungguhnya diam itu adalah pengawal yang paling waspada...