Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Isnin, 12 Ogos 2013

Hanya kerana ...“ Ni chang Se Mao???”



Tetiba aku teringat satu peristiwa masa pertama kali aku kerja..well, dulu lepas habis STPM aku kerja kat kantin sebuah sekolah ni. Memang satu pengalaman kerja yang sangat best. Ok, nak di kaitkan dengan tajuk kat atas tu... ok..ceritanya macam ni...
Satu hari tu, waktu rehat jam 2.45 petang, so bebudak sesi petang berlumba-lumba lah ke kantin untuk membeli makanan...pada mulanya...everything was fine..aku ngan kawan sekerja aku yang jaga bahagian makanan tu ok jer...kitaorang still dapat handle bebudak yang minta order makanan...10 minit lepas tu..makin ramai la pelajar yang menyerbu kantin...fuhhh...memang tak menang tangan kita orang melayan order bebudak semua tu..
Sampai la seorang budak lelaki cina ni...ok je bebudak lain berbaris...dia terus je menyerbu kat depan kaunter kitaorang and minta order...”kak minta nasi dengan ayam masak merah!!”...sebagai seorang mantan ketua pelajar masa kat tingkatan 6 dulu...hehehe...aku wat tak dengar je la order budak tu..and then layan order bebudak yang lain...dalam hati aku pun mengutuk la budak tu..” amboi...no manners punya budak...tak reti mau berbaris ka?? “...dah habis layan order beberapa orang pelajar lain...aku terdengar budak lelaki tu menjerit kat kawan sekerja aku tu...dia meminta order yang sama...sama seperti aku...kawan aku tu pun wat tak dengar je order budak lelaki tu...
Tak lama pastu...budak lelaki tu mula berbual dengan “geng”nya gunakan bahasa cina...selesai je budak lelaki tu bercakap..kawan-kawan dia yang lain semua ketawa, sambil ketawa terbahak-bahak tu ada beberapa orang antara mereka ada yang menjeling kat aku ngan kawan aku sorang tu...so, sah-sah la gaya mereka tu membuatkan aku rasa curiga + geram!!! Ni mesti dah Konfirm dorang tengah mengumpat la tu...sesuka ati dorang ja...pada mulanya aku wat tak tahu je la...ye la..dah la aku pekerja baru kat kantin tu...kalau aku melenting kat bebudak tu ..nanti tak pasal-pasal aku pula kena buang kerja..kalau setakat buang kerja tak pa..kalau dapat malu...huhuhu...sia-sia hidup aku...
Dalam aku cuba untuk buat tak tau je...gelagat bebudak tu makin membuat kan aku geram...dengan berbekalkan semangat dan keberanian..aku berjalan ke arah budak lelaki yang masih sibuk ketawa tu... aku berdiri betul-betul depan budak lelaki tu dengan gaya yang penuh berkeyakinan (tangan kanan mencekak pinggang..macam mak nenek sedang berleter...hehehe)... and then dengan suara yang kuat ..( hampir-hampir menjerit juga la...) aku cakap dengan budak tu...” Ni Chang Se Mao???”... dah aku cakap je satu ayat tu...bebudak tu terutama sekali budak lelaki terus diam and berhenti ketawa...dah bebudak tu terdiam, salah seorang dari dorang cuit bahu budak lelaki tu and cakap..” alamak kakak ni pandai cakap cina la...” habis je...budak tu cakap..dorang tengok tepat kat muka aku and then dorang pergi macam tu ja...aku pun cakap dalam hati..”aik?? tak lapar da ka??”...hehehe habis je waktu rehat tu...kawan sekerja aku pun Tanya kat aku...apa yang aku cakap kat budak lelaki tu...aku bagi tau la maksudnya...maksudnya...”Apa yang kau Cakap tu??” ..kawan aku tu mengangguk ja la...and then dia Tanya lagi...kau memang pandai cakap bahasa cina ka?? Hehehe...tersenyum-senyum aku jawab...tak da la..kebetulan ja tu...aku tau beberapa kerat je la bahasa cina ni...itu pun belajar dengan beberapa orang kawan masa tingkatan 5 dulu...hahaha...
Keesokkan harinya...seorang budak lelaki datang beli mineral water..kebetulan masa tu aku yang ada kat kaunter...aku pun bagi la..time budak tu hulur duit kat aku dia sempat Tanya...”kakak memang lama da ka belajar bahasa cina??” terkejut gak aku... heheh aku jawab la..lama juga la, akak start belajar time form 5 lagi...hahaha budak ni dengar pula aku “speaking” bahasa cina semalam..heheh sengaja cakap macam tu...bajet pandai cakap bbahasa cina la katakan...ye la at least bebudak tu..tak la sesuka ati mengutuk lagi..huh!!! dah tu...sepanjang hari tu aku tak tengok budak lelaki cina tu...aik?? malu ke dia?? Masa tu aku tertanya-tanya...kalau betullah budak tu malu..agak-agaknya apa la yang dia cakap kat kawan-kawan dia...sampaikan dia malu nak tunjukkan muka...hhmmm....
P/s : Kitakan rakyat 1 Malaysia...so, jom belajar dan cuba kuasai banyak bahasa...so, tak da la...kita sesenang je kena “jual” oleh mereka yang menggunakan bahasa yang berbeza dengan kita...hehehe...peace...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Just Say something...