Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Khamis, 16 Januari 2014

- kisah Cinta -

Walaupun tak pernah terluah
Ku tahu isi hatimu
Matamu telah membongkar segalanya
Sungguh!!!
Cinta itu tidak boleh disembunyikan
Semuanya telah di tulis
Pada suratan takdir
Antara kau dan aku
Ada sebuah kisah..
Kisah Cinta yang perlu kita lengkapkan
Semoga kisah cinta ini
Akan berkekalan
Kekal ke Jannah Allah

-amin-

Rabu, 8 Januari 2014

Renda Cinta

di sebalik sepi yang terbentang
ku cuba jahit cebisan-cebisan rindu
yang dahulunya pernah terkoyak
akibat ketajaman kebencian
lalu, ku sulamnya dengan kasih sayang
dan kini,
ku hiasi dengan renda-renda cinta
hhhmmm...
semoga cinta ini kekal kemas
di dalam lipatan rahsia hati..

- di hati ini hanya Allah yang tahu-