Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Rabu, 28 Ogos 2013

Coretan Merdeka 56

Merdeka!!! Alhamdulillah itulah satu laungan keramat yang pernah dilaungkan oleh Perdana Menteri Pertama kita iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Jika dahulu, laungan “merdeka” merupa satu igauan, impian dan cita-cita bagi penduduk Tanah Melayu. 
Namun, kini saya tertanya-tanya ...apakah “merdeka” bagi generasi masa kini?? Memang benar bila ditanya tentang maksud merdeka ramai yang boleh menjawabnya dengan bernas dan cemerlang. Tapi...seberapa ramai yang benar-benar faham tentangnya.
Pada pandangan saya, Malaysia sememangnya telah Merdeka ...namun, jiwa rakyat Malaysia masih belum “merdeka” sepenuhnya!!! Kenapa?? Tepuklah dada Tanya Iman..
Budaya hedonism?? Menyanjung budaya luar lebih dari budaya sendiri??seperti K-pop?? Adakah itu pengertian Merdeka masa  kini?? 
Tuduh- menuduh?? Saling menuding jari sehingga timbul perselisihan faham  dan berpuak-puak..adakah itu merdeka??
Kenapa perlu di sanjung budaya luar...sedangkan budaya sendiri dibiar hanyut di telan dek zaman...kenapa di “buang” baju melayu dan baju kurung...sedangkan Perdana Menteri memakainya semasa pengisytiharan Merdeka...Ayuh kembali  perkasakan budaya kita...
Kenapa perlu saling bersengketa antara kita? Sedangkan dahulu mereka mencari titik persamaan. Kenapa perlu bertegang leher? Sedangkan kita adalah 1 Malaysia.
Bangkitlah rakyat Malaysia!! Kalau dahulu negara kita pernah di kuasai pihak luar...jangan kita biarkan sejarah berulang kembali. Jika “episod penjajahan” berulang kembali... pejuang tanah air seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, bah kan Tunku Abdul Rahman sendiri tidak akan datang kembali untuk pertahankan tanah air untuk kali kedua. 
Oleh itu, sedarlah kita semua...semarakkan jiwa merdeka kita, elakkan segala persengketaan, mulakan langkah perdamaian...semoga Merdeka terus menjadi milik kita selamanya...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Just Say something...