Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Rabu, 4 September 2013

Jom Belajar Solat Jamak



Okaii... kali ni saya mau kongsi sket cara untuk solat jamak.
Well, hal ini adalah kerana...solat jamak ni mengingatkan saya time pergi satu program kat Sandakan ni...ekoran terlalu busy dengan jadual yang fit masa program tu...saya ni terfikir lah mau jamak solat maghrib dan isyak..tapi, hasrat tu TERPAKSA saya batalkan coz, saya lupa dan was-was untuk lakukan solat jamak...aduhai...ini la padahnya...kalau time sekolah dulu, pernah cakap dalam hati.. “ Ala..tak payah la hafal tertib solat Jamak ni..coz, confirm aku tak guna..well, bila masa aku mo jamakkan solat...aku bukannya  pergi jauh pun”..
Akhirnya, time pergi program kat Sandakan...aku terpaksa “tarik” semula kata-kata aku tu...huhuhu.. padan muka..sapa suruh tak mahu belajar cara solat jamak...
So, sedikit pengajaran untuk diri yang kerdil lagi lemah ini...dan cerita tersebut adalah sedikit perkongsian/ pengajaran untuk semua...
Apa tu solat jamak??
  • ·         Jamak – Himpun.
  • ·         Solat Jamak – solat yang dihimpunkan atau dikumpulkan.
  • ·         Di lakukan dalam keadaan bermusafir (lebih 2 marhala/60 batu/90 KM)


Jenis Solat Jamak??

  •  Solat Jamak Taqdim
-     Mendahulukan solat kedua ke dalam waktu solat pertama.
-     Mengerjakan solat asar di dalam waktu zohor / solat isyak di dalam waktu maghrib

  •   Solat Jamak Takhir
-    Mengemudiankan solat pertama ke dalam waktu solat kedua.
-    Mengerjakan solat zohor di dalam waktu solat asar/ solat magrib di dalam waktu isyak
       Daripada Anas, katanya :
“ Rasulullah SAW apabila berangkat dalam perjalanan sebelum gelincir matahari, maka baginda takhir solat Zohor ke waktu Asar, kemudian baginda turun (berhenti), baginda jamak keduanya (Zuhur dan Asar). Maka apabila gelincir matahari sebelum baginda berangkat, baginda solat Zuhur dahulu, kemudian baginda naik kenderaan.
                                                                       (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jamak Taqdim

  •  Perlu di mulakan dengan solat pertama , kemudian diikuti solat kedua.
  •   Solat Zohor dahulu dan diikuti solat asar/ Solat Maghrib dan diikuti solat Isyak
  •   Contoh : mengerjakan solat asar di dalam waktu solat zohor (dahulukan solat Zohor)/ solat isyak di               dalam waktu solat maghrib (dahulukan solat Maghrib).
  •  Niat menjamakkan solat kedua dengan yang pertama sebelum selesai solat pertama.
  •  Kedua-dua solat dilakukan secara berturutan, iaitu memulakan solat kedua sebaik  sahaja selesai      solat pertama tanpa pisahkan dengan zikir dan sebagainya.
  • Jika dipisahkan kedua-dua waktu dengan agak lama atau melengah-lengahkannya tanpa sebab            munasabah, TIDAK SAH solat jamak tersebut.

    NIAT
  •     Zohor - Asar
        “Sengaja aku solat fardhu zuhur dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya                  asar tunai kerana Allah Taala”
  •     Maghrib - Isyak
           “Sengaja aku solat fardhu maghrib 3 rakaat dihimpunkan kepadanya isyak tunai kerana                 Allah Taala”.

Jamak Takhir
  • ·         Menjamakkan solat yang pertama dalam waktu solat yang kedua.
  • ·         Contoh, solat Zohor yang ingin di jamakkan degan solat Asar, hendaklah berniat jamak takhir             solat Zohor terlebih dahulu semasa waktu zohor.
  • ·         Sekiranya habis waktu solat Zohor tanpa berniat menjamakkan Zohor kepada Asar, maka, solat          itu wajib diganti (qada), bahkan dikira berdosa kerana melengahkan solat.
  • ·         Masih dalam keadaan MUSAFIR.
  • ·         Dalam Jamak Takhir, tertib kedua-dua solat tidak disyaratkan malah boleh dimulakan dengan              mana-mana antara kedua-dua solat yang dikehendaki.
          Niat solat..
  •      Zohor - Asar
          “Sengaja aku solat fardhu asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya zohor              tunai kerana Allah Taala”.
  •      Maghrib - Isyak
        "Sengaja aku solat fardhu Magrib tiga rakaat serta di jamakkan ke dalamnya Isyak kerana                 Allah  Taala"
     
     
       PERINGATAN
  • ·         Solat subuh tidak boleh dijamakkan dengan mana-mana waktu solat.
  • ·         TIDAK BOLEH menjamakkan solat zohor dengan solat maghrib dan Isyak.
  • ·         TIDAK BOLEH menjamakkan solat Asar dengan solat maghrib dan Isyak.

# In Sha Allah semoga bermanfaat...

Rujukan : Harian Metro, Kitab Fiqh islam & Fiqh Manhaj Mazhab Syafie.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Just Say something...