Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Khamis, 20 Februari 2014

Delegasi Keunggulan Angkasa (Jakmas 2013/2014)


Alhamdulillah...9 - 15 Februari yang lalu, aku dan sahabat pimpinan Jakmas Sri Angkasa telah ke bermusafir ke beberapa negeri lain untuk menimba ilmu dan berkongsi idea mengenai pengurusan asrama...

Rasanya tak banyak yang saya perlu tulis..just nak publish gambar-gambar semasa delegasi tu..dan biarlah gambar yang berbicara...ewah..hehehe..

Check it Out!!!

"Memanivestasi Keunggulan Angkasa" 
Sesi Diskusi di UIA, Mahallah Ali...layanan yang sangat mesra walaupun kitaorang sampai Jam 11 malam..sahabat-sahabat pimpinan kat sana tetap mengukir senyuman dan melayan kami dengan sangat baik..Terima kasih sahabat UIA..

Bergambar bersama sahabat-sahabat dari Mahallah Ali UIA..dan Pengetua dan felo Mahallah Ali..

Sesi Diskusi di UKM..sangat banyak input yang kami perolehi..sesi diskusi yang turut dihadiri dan disertai oleh Pengetua Kolej Kediaman mereka..

As Usual...sesi bergambar dengan Banner delegasi mesti lah ada..hehe Peace!!! Oh Ya UKM merupakan destinasi terakhir kitaorang..

Sesi Diskusi Di Kolej Kediaman Kinabalu, UM..bersama 4 orang barisan Jawatankuasa kebajikan mahasiswa..seriusly mereka sangat matang..pendapat dan pandangan mereka sangat bernas..Thumbs up!!

One more time!!! say Cheese please..hehehe...

Lokasi seterusnya adalah UPSI..kami datang bertandang di Kolej Kediaman baru..yang kelihatan seperti legoland..sangat cantik..Gambar kat atas ni pula, merupakan salah seorang felo di kolej kediaman tersebut, orang nya sangat sporting!

Sebelum balik, take pic dulu..snap..snap!!

USM...bertandang di Kolej kediaman Ungku Omar..rakan-rakan kat sana, sangat baik..habis diskusi..dorang bawa kitaorang pegi makan..hehe..sodappp...


InsyaAllah..Delegasi Keunggulan Angkasa Part 2 still in progress..banyak lagi yang mahu di kongsi..hehe to be continued..***



Isnin, 10 Februari 2014

AKU..

aku bukan PEMARAH
Sebab aku benci suasana tegang
Dan aku benci untuk membenci

Aku Seorang yang PEMAAF
Sebab setiap orang melakukan kesilapan
Namun, memaafkan bukan bermakna
aku mudah melupakan apa yang anda telah lakukan
Bukan cuba untuk berdendam
Tapi, kesilapan itu mengajar aku untuk
sentiasa berwaspada..
Agar tiada kali kedua..

Aku seorang yang berhati lembut,
Mudah terguris bila dilukai
Mudah tersentuh bila dibentak
Namun, dalam kelembutan
Allah titipkan ketegasan..
Oleh itu, angin yang lembut menyapa pipi jangan
disangka tidak boleh menjadi Taufan!!

Aku seorang yang mudah menangis
Bukan kerana air mata ku murah
Air mata tumpah kerana
Telah penat mengukir senyuman palsu
Telah bosan dengan permainan takdir
Telah lelah menahan derita
Yang aku sendiri tak tahu bila noktahnya!!

Aku seorang yang penyayang..
kerana aku juga ingin disayangi..
untunk disayangi aku juga perlu meyayangi..
lagipun saling menyayangi akan menimbulkan
perasaan cinta yang tulus dan suci dari-Nya..

Jadi..
Inilah aku..
Inilah kekuatan dan kelemahanku..
Inilah Kisah dan perjalanan Hidupku..

Sabtu, 8 Februari 2014

Berkorban @ Terkorban??



Gayamu mencoretkan seribu perkataan..
Suaramu membuat ku rindu selalu..
Layanan mu ramah buatku selesa..
Kenakalan mu pula membuatku senyum selalu..
Sungguh!!
Ku akui..
Kehadiranmu menyentuh hati hawa ku..
Namun..,
Siapalah aku ini..
Hanya wanita biasa..
Aku sedar 
Aku tidak setanding dengan wajah-wajah yang bersaingan..
hhhmmm...
Mungkin pada kisah kali ini..
Aku jua perlu Berkorban..
Berkorban?? Benarkah??
Atau sebenarnya...
Aku yang TERKORBAN??

_dihati ini hanya Allah yang tahu_

Sabtu, 1 Februari 2014

hhmmm..

Aku dan engkau tak pernah serasi
Kita sering bertingkah
Namun,
Lucunya..
Kita sering bersama
Sering merasa rindu
Dan kini,
Kita saling memendam
Hanya mengharapkan keajaiban
Untuk merungkaikan 
Segalanya!!!