Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Isnin, 19 Ogos 2013

Duhai pujaan hati,
Telah lama ku pendam perasaan ini,
Dan ku cuba  endahkannya,
Namun, semakin lama perasaan ini disimpan
Semakin kukuh dan menebal pula ia dihati ini...
Pada mulanya aku ragu-ragu dan takut...
Kerana ia mungkin hanya perangkap syaitan untuk melalaikan aku,
Namun, ku rawat hati yang lemah ini dengan doa..
Ku pohon petunjuk Ilahi...
Agar aku tidak tersesat dan lemas
Dalam permainan syaitan...
Duhai pujaan hati,
Aku sedar,
Untuk memiliki mu adalah suatu yang mustahil,
Kerana diri ini terlalu kerdil untuk dimiliki oleh sesiapa pun...
Namun, aku yakin...Allah itu Maha Mendengar...
Seandainya benar apa yang telah aku lalui selama ini
Adalah petunjuk Allah hasil daripada doaku...
Ku yakin...
Bahawa engkaulah pembimbing aku ke syurga-Nya kelak...
Duhai pujaan hati...
Ketahuilah engkau bahawa...
Kasih ini hanya untuk mu...
Semoga Allah meredhai kasih yang ku tujukan buatmu...
Namun, andai kata...
Tiada jodoh yang di tulis antara kita...
Aku redha...
Biarlah, kasih ini ku pendam...
Dan tidak perlulah engkau tahu...
Kerana walaupun tidak memilikimu
Dan hanya mengejar bayangmu
Aku sudah cukup bahagia...
Semoga di pengakhiran cerita aku akan tetap 
Bahagia walaupun tidak bersama mu..
Duhai pujaan hati... 
                                                                                                
                         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Just Say something...