Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Ahad, 1 September 2013

M.A.T.I

Datangnya tidak di undang ,
Tidak juga dijemput..
Datangnya tidak kira waktu, tempat dan situasi..
Datangnya juga tidak pernah lambat atau cepat
Walau sedetik..
Di saat ia datang..
Maka, di saat itulah..
Si ibu kehilangan anak,
Si isteri menjadi balu,
Si anak kehilangan ayah,
Keluarga kehilangan ketua,
Namun, di saat itu tiga perkara akan setia bersama..
Ilmu, doa dan sedekah...
Tika ini juga, hanya doa mampu dikirimkan
Semoga engkau tenang di dunia sana..
Kini, biarlah air mata mengalir dan terus mengalir..
Biarlah air mata berbicara,
Kerana lidah telah kaku untuk berkata-kata...
Namun, aku redha..
Kerana pemergian mu itu suatu yang pasti..
Dan mungkin esok atau lusa...
Aku akan menyusul mu..
Kini, hanya pusara menjadi pengubat di kala rindu..
Doaku agar kau berada dalam kalangan orang beriman...


-Al-Fatihah-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Just Say something...