Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Isnin, 30 Disember 2013



Aku tak ingin menaip..

Tapi hati memberontak!!

Meminta aku menggerakkan 
Jari jemari aku di atas key board..
Agar aku terus meluahkan..
Apa yang bermain dalam otak aku..

Apakah itu petanda..
bahawa Ilham telah datang??

hehehe..mengarut ja..!!

Saya malas bercerita..jadi inilah tempat saya "menceritakan" segala-galanya..
#dirikumimpikuangankudanceritahidupku

Khamis, 26 Disember 2013

Bingkisan Buat Sahabat


Khas daripada seorang sahabat kepada sahabat...



Mereka yang bergelar sahabat
Meniupkan kata-kata semangat 
Di kala aku lemah tak berdaya



Mereka yang bergelar sahabat
Memperlahankan langkah
Tatkala aku ketinggalan di belakang
Agar aku tidak merasa bersendirian



Mereka yang bergelar sahabat
Menghulurkan tangan
Menyambut aku
Tatkala aku tersadung
Agar aku dapat beriringan dengan mereka



Mereka yang bergelar sahabat
Membisikkan kata teguran
Tatkala aku tersalah arah
Agar aku tidak terjatuh ke lembah hina



Mulianya hatimu sahabat..



# Sedondon kita berjalan,
  Selari kita berlari,
   Sejauh manapun jarak tercipta
   Kau sentiasa dalam ingatan..



   TERIMA KASIH SAHABAT..



Jumaat, 20 Disember 2013

Hanya Aku Yang Rasa

Angin Malam Bertiup Perlahan..
Seolah-olah cuba membelai ku manja..
Gerimis jatuh basahi bumi..
Seolah-olah turut menangis bersama..
Jantungku berdegup kencang..
Peluh dingin terus berjatuhan..
Tiada yang tahu gelora di hati..
Tiada yang tahu beban yang dipikul..
Kaki ku angkat untuk melangkah..
Berat langkahku...
Tiada perkataan..
Hanya Perasaan..
Resah aku fikirkan..
Kesudahan cerita..
Hampa..
kerana semuanya..
Hanya aku yang rasa..

Khamis, 19 Disember 2013

Lemahnya Aku..

Sering kali "IA" datang bertandang
Cuba Munculkan diri
Ingin Mencengkam Jiwa
Ingin Merajai Hati
Sering Ku Tepis Hadirnya
Seringkali jua aku tewas
Air Jernih tumpah lagi
Tumpah Membasahi Pipi
Syaitan Bertempik
Iblis ketawa gembira
Mereka Bersorak
Merai kemenangan
Gembira pada kekalahanku
Ku cari Sumber kekuatan
Cuba untuk menang
Di mana ada sinar Harapan?
Hampa....
Hanya Kepalsuan mampu ku zahirkan
Aku lemah..
Aku kalah
Senyumku Tawar...
Tawaku Hambar..
Langkahku Longlai..
Semangatku kian Pudar..
Mungkin "noktah" bakal tiba??

Tolong Jangan Seksa Aku..

Rabu, 4 Disember 2013

Dalm Kenangan..

selama ini aku tak pernah tahu tentangnya insan yang berjiwa besar ini..
walau apapun, semoga rohnya dicucuri rahmat..

http://www.youtube.com/watch?v=HIR30U3E9sE