soalan yang aku dapat time kelas tutorial sem 2 ni memang senang...but walaupun senang, aku sampai nak menangis siapkan handout ni..apa taknya..buku rujukan sebagai bukti fakta susah mo dapat..
Disebalik kisah aku terpaksa bertungkus lumus mencari buku-buku rujukan dan siapkan handout ni..terselit juga kisah yang menyakitkan hati aku..hhhmm...tapi tak apa la aku redha..InsyaAllah pasti ada hikmah..so, sengaja aku selitkan hasil kerja aku ni kat dalam blog ni supaya esok lusa boleh aku kenang semula kenangan "poyo" tu..hehehe...
soalan 2 : CIRI-CIRI NOTA KULIAH YANG BAIK.
PENGENALAN.
Nota merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu bagi membantu kita agar tidak perlu mengingat semua apa yang telah disampaikan oleh guru atau pensyarah. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.
CIRI-CIRI NOTA KULIAH YANG BAIK
• Mudah dibaca dan dirujuk (Persediaan menghadapi Peperiksaan, Halaman 70)
• Ringkas dan padat. (Study, A Guide to Effective Study, Revision and Examination Techniques, halaman 45)
• Sentiasa berkaitan antara satu sama lain
• Kemas dan teratur
• Mempunyai gambar rajah, carta atau jadual.
• Langkah pengiraan lengkap
• Definisi dan fakta yang jelas
• Mempunyai tarikh dan senarai rujukan (Persediaan menghadapi Peperiksaan, Halaman 70)
PERBANDINGAN NOTA KULIAH YANG BAIK DENGAN NOTA KULIAH YANG TIDAK BAIK.
Nota kuliah yang baik Nota kuliah yang tidak baik
• Mudah dibaca dan difahami • Sukar dibaca dan difahami
• Ringkas dan padat • Terlalu panjang dan terdapat isi yang tidak penting
• Berkaitan antara satu sama lain • Tidak berkaitan antara satu sama lain
• Mudah dirujuk dan diperkembangkan • Sukar dirujuk dan diperkembangkan
• Kemas dan sistematik • Tidak tersusun.
• Kaedah penulisan yang pelbagai dan menarik • Kaedah penulisan yang tidak bervariasi
KAEDAH MEMBUAT NOTA YANG BERKESAN
• Gunakan Abrevasi dan simbol
• Penekanan
• Padat dan ringkas
• Kenal pasti kata kunci (4W 1H)
• Bersih, teratur dan kemas
CONTOH NOTA.
• Outline Method (Cornell Note System)
• Bentuk pengkelasan
• Bentuk Papan Tanda
• Bentuk Matahari
• Bentuk perbandingan
• “Herringbone Map”
KEPENTINGAN NOTA KULIAH
• Membantu ingatan pelajar untuk mengimbas kembali isi-isi penting. (College Becoming A Strategic Learner Study Skills, halaman 112).
• Satu kaedah berkesan untuk memberikan bahan rujukan yang jelas, ringkas dan padat.
• Melalui nota, kita akan tahu apa-apa maklumat yang perlu ditambah agar dapat memahami tajuk yang di pelajari.( persediaan menghadapai peperiksaan, halaman 69)
• Meningkatkan kemahiran. (College Becoming A Strategic Learner Study Skills, halaman 108 & 114)
• Membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif . (College Becoming A Strategic Learner Study Skills, halaman 96)
FAKTOR LAIN YANG MENYOKONG PENCAPAIAN DAN FAHAMAN PELAJAR
• Kehadiran dalam kuliah, kelas dan tutorial.
• Mendengar dengan baik.
• Pemahaman
• Rujukan tambahan.
• Persiapan sebelum dan selepas kuliah. ( College Becoming A Strategic Learner Study Skills, halaman 113)
KESIMPULAN
Kajian telah menunjukkan bahawa pelajar yang mencatat nota telah berjaya menghasilkan prestasi yang lebih baik. Dalam satu eksperimen, didapati pelajar yang telah mengambil nota mendapat 65% markah, manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan hanya mendapat 25% markah sahaja. ( Busrah Haji Maulah,persediaan menghadapi peperiksaan,halaman 69.)
RUJUKAN
McMillan ,K and Weyers, J.2007.England. How to write Essays & Assignments.Pearson Education Limited.
Barras, R.1996.London. Study! A Guide to Effective Study, Revision and Examination Techniques. Chapman & Hall.
Busrah Haji Maulah. 1998. Kuala Lumpur. Persediaan Menghadapi Peperiksaan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
L.Van Blerkom, D. 2003. Canada. College Becoming A Strategic Learner Study Skills :fourth edition. Thomson Wadsworth.
"Jika Ingin Menilai Sesuatu, Lihatlah & Nilailah Dengan Mata Hati & Bukannya Dengan Mata Kasar Semata-Mata.."
Hanya Allah Tahu
Sabtu, 20 Julai 2013
DIAM
Assalamualaikum...
Diam bukanlah bermakna aku tidak peduli..Duduk diam juga bukan bermakna aku tidak mahu menyumbangkan apa-apa..Cuma kadang-kadang aku lebih selesa untuk mendiamkan diri..kosongkan Jiwa dan hanya berdoa.. agar semuanya berakhir dengan sesuatu yang baik..Walaupun sebenarnya "pendiam" itu tidak sinonim dengan aku..Namun dengan hanya berdiamkan diri sahaja aku dapat rehatkan otak aku yang dah penat mendengar dan menepis segala cerita yang aku sendiri tidak tahu dan tidak pasti tentang kesahihannya...Oleh itu, teruskan berdiam diri...
# Sesungguhnya diam itu adalah pengawal yang paling waspada...
Labels:
luahan hati
kota kinabalu
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Langgan:
Catatan (Atom)