Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Sabtu, 20 Julai 2013

cara buat nota yang baik

soalan yang aku dapat time kelas tutorial sem 2 ni memang senang...but walaupun senang, aku sampai nak menangis siapkan handout ni..apa taknya..buku rujukan sebagai bukti fakta  susah mo dapat..

Disebalik kisah aku terpaksa bertungkus lumus mencari buku-buku rujukan dan siapkan handout ni..terselit juga kisah yang menyakitkan hati aku..hhhmm...tapi tak apa la aku redha..InsyaAllah pasti ada hikmah..so, sengaja aku selitkan hasil kerja aku ni kat dalam blog ni supaya esok lusa boleh aku kenang semula kenangan "poyo" tu..hehehe...

soalan 2 : CIRI-CIRI NOTA KULIAH YANG BAIK.

PENGENALAN.

Nota  merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu bagi membantu kita agar tidak perlu mengingat semua apa yang telah disampaikan oleh guru atau pensyarah. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar  dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar.Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

CIRI-CIRI NOTA KULIAH YANG BAIK

Mudah dibaca dan dirujuk (Persediaan menghadapi Peperiksaan, Halaman 70)
Ringkas dan padat. (Study, A Guide to Effective Study, Revision and Examination Techniques, halaman 45)
Sentiasa berkaitan antara satu sama lain
Kemas dan teratur
Mempunyai gambar rajah, carta atau jadual.
Langkah pengiraan lengkap
Definisi dan fakta yang jelas
Mempunyai tarikh dan senarai rujukan (Persediaan menghadapi Peperiksaan, Halaman 70)

PERBANDINGAN NOTA KULIAH YANG BAIK DENGAN NOTA KULIAH YANG TIDAK BAIK.
Nota kuliah yang baik                                                          Nota kuliah yang tidak baik
Mudah dibaca dan difahami                          • Sukar dibaca dan difahami
Ringkas dan padat                                          • Terlalu panjang dan terdapat isi yang tidak penting
Berkaitan antara satu sama lain                          • Tidak berkaitan antara satu sama lain
Mudah dirujuk dan diperkembangkan          • Sukar dirujuk dan diperkembangkan
Kemas dan sistematik                                  • Tidak tersusun.
Kaedah penulisan yang pelbagai dan menarik  • Kaedah penulisan yang tidak bervariasi


KAEDAH MEMBUAT NOTA YANG BERKESAN
Gunakan Abrevasi dan simbol
Penekanan
Padat dan ringkas
Kenal pasti kata kunci (4W 1H)
Bersih, teratur dan kemas
CONTOH NOTA.
Outline Method (Cornell Note System)
Bentuk pengkelasan
Bentuk Papan Tanda
Bentuk Matahari
Bentuk perbandingan
“Herringbone Map”
KEPENTINGAN  NOTA KULIAH
Membantu ingatan pelajar untuk mengimbas kembali isi-isi penting. (College Becoming A Strategic               Learner Study Skills, halaman 112).
Satu kaedah berkesan untuk memberikan bahan rujukan yang jelas, ringkas dan padat.
Melalui nota, kita akan tahu apa-apa maklumat yang perlu ditambah agar dapat memahami tajuk yang           di pelajari.( persediaan menghadapai peperiksaan, halaman 69)
Meningkatkan kemahiran. (College Becoming A Strategic  Learner Study Skills, halaman 108 & 114)
Membantu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang efektif . (College Becoming A Strategic                   Learner Study Skills, halaman 96)
FAKTOR LAIN YANG MENYOKONG PENCAPAIAN DAN FAHAMAN PELAJAR
Kehadiran dalam kuliah, kelas dan tutorial.
Mendengar dengan baik.
Pemahaman
Rujukan tambahan.
Persiapan sebelum dan selepas kuliah. ( College Becoming A Strategic  Learner Study Skills, halaman  113)
KESIMPULAN
Kajian telah menunjukkan bahawa pelajar yang mencatat nota telah berjaya menghasilkan prestasi yang lebih baik.  Dalam satu eksperimen, didapati pelajar yang telah mengambil nota mendapat 65% markah, manakala pelajar yang mengharapkan daya ingatan hanya mendapat 25% markah sahaja. ( Busrah Haji Maulah,persediaan menghadapi peperiksaan,halaman 69.)

RUJUKAN
McMillan ,K and Weyers, J.2007.England. How to write Essays & Assignments.Pearson Education Limited.
Barras, R.1996.London. Study! A Guide to Effective Study, Revision and Examination  Techniques. Chapman & Hall.
Busrah Haji Maulah. 1998. Kuala Lumpur. Persediaan Menghadapi Peperiksaan. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
L.Van Blerkom, D. 2003. Canada. College Becoming A Strategic  Learner Study Skills :fourth edition. Thomson Wadsworth.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Just Say something...