Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Jumaat, 24 Oktober 2014

Mr . M.S.H

 What you say:
Ku tak berharap sayang cintaiku
Ku tak berharap sayang balas cintaku
Yang ku harap sayang izinkan aku mencintaimu.. 
M.S.H _22 Okt 2014
What I say :
Sayang...
Menipulah kiranya jika aku tidak mencintaimu
Menipu jugalah kiranya aku tidak pernah membalas cintamu
Sedangkan cintamu kini berkembang mekar di taman hati
Sayang..
Kerdil sungguh diri ini untuk menghalang cintamu
Sedangkan diri ini telah lama mengizinkan
Cintamu menghiasi ruang kosong hatiku ini
Sayang...
Ku berdoa agar kau sentiasa mencintai aku
Bukan hanya untuk seketika.. 
Tapi untuk selamanya
Kerna aku tahu, 
Aku memang tidak setanding dengan wajah-wajah bersaingan
Namun, tetap..aku menjadi pilihan mu
Semoga hati kita tetap bertaut dengan Redha Nya..
F.A _24.Okt 2014

Selasa, 26 Ogos 2014

Hope You Read It

Hello world!!! ehem..ehem...Assalamualaikum...hehehe...SubhanaAllah..Alhamdulillah..Alah masih bagi aku peluang untuk pot pet kat blog ni...lama gila tak update..apa taknya my Mr Lappy buat hal..

Well, kat dalam ruangan ni i want to give credit to this lyric...love it soo mucchh..
Bila aku hayati..ia seolah-olah menceritakan tentang kisah aku..cewaahh..

"But seriuosly, Mr S come into my life first as a friend..Just as a Friend, he is the one who always care about me, he always trying to make me happy..(hahaha i guess)..because, sometimes, when it is hard for me to get sleep, he will call me..and sometime we were talked until morning..haha..as a friend he is really a good friend. Always make me smile."

Kau hadir membawa seribu hikmah
Memanah senyuman yang kian pudar
Mengenal erti sebuah persahabatan
Menerima baik buruk seorang teman

Pengubat luka rindu dan kasih sayang
Memberi semangat dan harapan

"How ever, after being a friend...i realize that there is "something" in the deep of my heart...that make me always wanna be with him...InsyaAllah..you 're the one who always make me smile dear.."

Tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
Tiada ku menduga rasa ini kan hadir
Maafkanlah aku bukannya niatku
Untuk mencintaimu
Semua ini tiba-tiba

"seriously, all these..my feeling..our friendship..his attitude..how he treat me..semua ini tiba-tiba"

Berikanlah ku peluang
Untuk jadi yang terbaik untukmu
Takkan aku kecundang
Selagi kau bukan milikku

"I hope U can give me a chance, to be someone who can stay at your side..not only at your side, but in your heart too..seriuosly I mean it.."

Biar, biar, biar aku menunggu
Sampai habis nanti semua hayatku

InsyaAllah i will wait you as long as i can..i will wait you for the rest of my life..InsyaAllah.. but if only Allah will.. "

Tanpa ku sedari kau tertinggal di hati
Tiada ku menduga rasa ini kan hadir
Maafkanlah aku bukannya niatku
Untuk mencintaimu
Semua ini tiba-tiba

"Seriusly, its all tiba-tiba...i cant control my feeling..people and our friend also realize that..but i'm the one who always deny..but now, i believes what they said..."

Biar, biar, biar aku menunggu
Sampai habis nanti semua hayatku
Biar, biar, biar aku tertunggu
Cinta tulus ikhlas dari hatimu


CC : Mr. M.S.H

Selasa, 1 April 2014

Dedikasi Buat Si Penipu

Aku Benci Penipu
Kerna "TIPU" itu Pedih..
Pedih Itu Pula Menyakitkan!!
Sakit Itu Sudah Pasti Akan Membawa Kepada
SENGSARA!!

#tiada perkataan hanya perasaan..

Isnin, 17 Mac 2014

Happy Bestday To Me...


Alhamdulillah..16 Mac 2014 menandakan umur ku telah bertambah...oh no!! i"m 22 years old!!! it is true?? im 22?? alhamdulillah..Allah masih beri peluang untuk aku bernafas, dan memijak buminya yang luas dan penuh dengan nikmat ini..

wat ever it is, thanks utk family JAKMAS for the suprise birthday party, seriusly memang suprise..smpai menangis aku jadinya...hahaha..malu + terharu + gembira...thanks u all...

habis mandi tepung...gggrrrr....
sesi main tepung..hahaha
hehehe... ini farhan..tak sangka pla dia pun lahir 16 mac..hehe..happy bestday bro..mmg kita kena troll habis-habisan malam tu!!!

delicious birthday cake...yummy..thanks u all..

antara dalang-dalang disebalik rencana "jahat" ini..ahahaha
 #alhamdulillah..masih diberi peluang untuk bernafas..semoga Allah merahmati kita semua..semoga ukhuwah ini berkekalan till jannah..I LOVE U ALL..- Family Jakmas 2013/2014 May Allah bless u all..

Sabtu, 8 Mac 2014

Watikah Perlantikan Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa Kolej Kediaman Sri Angkasa Sesi 2013/2014


Semalam Tarikh 7 Mac 2014, watikah Perlantikan Jakmas sesi 2013/2014..hurm..SubhanaAllah, sekarang ni aku dan sahabat-sahabat yang lain perlu menggalas AMANAH & TANGGUNGJAWAB yang telah di berikan..
Bermulalah kisah hidup aku sebagai Exco Akademik & Kerjaya untuk JAKMAS sesi 2013/2014..

Barisan Pimpinan Jakmas Kolej Kediaman Sri Angkasa sesi 2013/2014 yang dipimpin oleh saudara Mohd Noor Atiq hehe senior aku masa kat form 6, kat UMS skarang ni pun jadi senior gak..dan dibantu oleh si pak cik Mohd Syahdan..coursemate aku..hehe

Event yang membuktikan bahawa ada satu Amanah yang perlu barisan Jakmas pikul..semoga kami semua berjaya memikul amanah yang telah diberikan kepada kami dengan jayanya sehinggalah ke penghujung semester ini...aminn...

Inilah logo Kolej Kediaman Sri Angkasa.."Memanivestasi Keunggulan Angkasa"

Sakit Itu Penghapus Dosa, Bila Amanah Tidak Dipikul Dengan Baik..Ingat Itu Penambah Dosa...Nauzubillah..walaupun sakit..Keep going..you are not Alone..Allah is Always by your side..Amiinn...

Khamis, 20 Februari 2014

Delegasi Keunggulan Angkasa (Jakmas 2013/2014)


Alhamdulillah...9 - 15 Februari yang lalu, aku dan sahabat pimpinan Jakmas Sri Angkasa telah ke bermusafir ke beberapa negeri lain untuk menimba ilmu dan berkongsi idea mengenai pengurusan asrama...

Rasanya tak banyak yang saya perlu tulis..just nak publish gambar-gambar semasa delegasi tu..dan biarlah gambar yang berbicara...ewah..hehehe..

Check it Out!!!

"Memanivestasi Keunggulan Angkasa" 
Sesi Diskusi di UIA, Mahallah Ali...layanan yang sangat mesra walaupun kitaorang sampai Jam 11 malam..sahabat-sahabat pimpinan kat sana tetap mengukir senyuman dan melayan kami dengan sangat baik..Terima kasih sahabat UIA..

Bergambar bersama sahabat-sahabat dari Mahallah Ali UIA..dan Pengetua dan felo Mahallah Ali..

Sesi Diskusi di UKM..sangat banyak input yang kami perolehi..sesi diskusi yang turut dihadiri dan disertai oleh Pengetua Kolej Kediaman mereka..

As Usual...sesi bergambar dengan Banner delegasi mesti lah ada..hehe Peace!!! Oh Ya UKM merupakan destinasi terakhir kitaorang..

Sesi Diskusi Di Kolej Kediaman Kinabalu, UM..bersama 4 orang barisan Jawatankuasa kebajikan mahasiswa..seriusly mereka sangat matang..pendapat dan pandangan mereka sangat bernas..Thumbs up!!

One more time!!! say Cheese please..hehehe...

Lokasi seterusnya adalah UPSI..kami datang bertandang di Kolej Kediaman baru..yang kelihatan seperti legoland..sangat cantik..Gambar kat atas ni pula, merupakan salah seorang felo di kolej kediaman tersebut, orang nya sangat sporting!

Sebelum balik, take pic dulu..snap..snap!!

USM...bertandang di Kolej kediaman Ungku Omar..rakan-rakan kat sana, sangat baik..habis diskusi..dorang bawa kitaorang pegi makan..hehe..sodappp...


InsyaAllah..Delegasi Keunggulan Angkasa Part 2 still in progress..banyak lagi yang mahu di kongsi..hehe to be continued..***



Isnin, 10 Februari 2014

AKU..

aku bukan PEMARAH
Sebab aku benci suasana tegang
Dan aku benci untuk membenci

Aku Seorang yang PEMAAF
Sebab setiap orang melakukan kesilapan
Namun, memaafkan bukan bermakna
aku mudah melupakan apa yang anda telah lakukan
Bukan cuba untuk berdendam
Tapi, kesilapan itu mengajar aku untuk
sentiasa berwaspada..
Agar tiada kali kedua..

Aku seorang yang berhati lembut,
Mudah terguris bila dilukai
Mudah tersentuh bila dibentak
Namun, dalam kelembutan
Allah titipkan ketegasan..
Oleh itu, angin yang lembut menyapa pipi jangan
disangka tidak boleh menjadi Taufan!!

Aku seorang yang mudah menangis
Bukan kerana air mata ku murah
Air mata tumpah kerana
Telah penat mengukir senyuman palsu
Telah bosan dengan permainan takdir
Telah lelah menahan derita
Yang aku sendiri tak tahu bila noktahnya!!

Aku seorang yang penyayang..
kerana aku juga ingin disayangi..
untunk disayangi aku juga perlu meyayangi..
lagipun saling menyayangi akan menimbulkan
perasaan cinta yang tulus dan suci dari-Nya..

Jadi..
Inilah aku..
Inilah kekuatan dan kelemahanku..
Inilah Kisah dan perjalanan Hidupku..

Sabtu, 8 Februari 2014

Berkorban @ Terkorban??



Gayamu mencoretkan seribu perkataan..
Suaramu membuat ku rindu selalu..
Layanan mu ramah buatku selesa..
Kenakalan mu pula membuatku senyum selalu..
Sungguh!!
Ku akui..
Kehadiranmu menyentuh hati hawa ku..
Namun..,
Siapalah aku ini..
Hanya wanita biasa..
Aku sedar 
Aku tidak setanding dengan wajah-wajah yang bersaingan..
hhhmmm...
Mungkin pada kisah kali ini..
Aku jua perlu Berkorban..
Berkorban?? Benarkah??
Atau sebenarnya...
Aku yang TERKORBAN??

_dihati ini hanya Allah yang tahu_

Sabtu, 1 Februari 2014

hhmmm..

Aku dan engkau tak pernah serasi
Kita sering bertingkah
Namun,
Lucunya..
Kita sering bersama
Sering merasa rindu
Dan kini,
Kita saling memendam
Hanya mengharapkan keajaiban
Untuk merungkaikan 
Segalanya!!!

Khamis, 16 Januari 2014

- kisah Cinta -

Walaupun tak pernah terluah
Ku tahu isi hatimu
Matamu telah membongkar segalanya
Sungguh!!!
Cinta itu tidak boleh disembunyikan
Semuanya telah di tulis
Pada suratan takdir
Antara kau dan aku
Ada sebuah kisah..
Kisah Cinta yang perlu kita lengkapkan
Semoga kisah cinta ini
Akan berkekalan
Kekal ke Jannah Allah

-amin-

Rabu, 8 Januari 2014

Renda Cinta

di sebalik sepi yang terbentang
ku cuba jahit cebisan-cebisan rindu
yang dahulunya pernah terkoyak
akibat ketajaman kebencian
lalu, ku sulamnya dengan kasih sayang
dan kini,
ku hiasi dengan renda-renda cinta
hhhmmm...
semoga cinta ini kekal kemas
di dalam lipatan rahsia hati..

- di hati ini hanya Allah yang tahu-