Hanya Allah Tahu

Hanya Allah Tahu

Isnin, 10 Februari 2014

AKU..

aku bukan PEMARAH
Sebab aku benci suasana tegang
Dan aku benci untuk membenci

Aku Seorang yang PEMAAF
Sebab setiap orang melakukan kesilapan
Namun, memaafkan bukan bermakna
aku mudah melupakan apa yang anda telah lakukan
Bukan cuba untuk berdendam
Tapi, kesilapan itu mengajar aku untuk
sentiasa berwaspada..
Agar tiada kali kedua..

Aku seorang yang berhati lembut,
Mudah terguris bila dilukai
Mudah tersentuh bila dibentak
Namun, dalam kelembutan
Allah titipkan ketegasan..
Oleh itu, angin yang lembut menyapa pipi jangan
disangka tidak boleh menjadi Taufan!!

Aku seorang yang mudah menangis
Bukan kerana air mata ku murah
Air mata tumpah kerana
Telah penat mengukir senyuman palsu
Telah bosan dengan permainan takdir
Telah lelah menahan derita
Yang aku sendiri tak tahu bila noktahnya!!

Aku seorang yang penyayang..
kerana aku juga ingin disayangi..
untunk disayangi aku juga perlu meyayangi..
lagipun saling menyayangi akan menimbulkan
perasaan cinta yang tulus dan suci dari-Nya..

Jadi..
Inilah aku..
Inilah kekuatan dan kelemahanku..
Inilah Kisah dan perjalanan Hidupku..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Just Say something...